Tuesday, August 6, 2013

Rakan-rakanku pun nampaknya dapat faedah.....
Suasana Pekan Gunung Semanggol biasanya tenang , Jalan tidak sibuk, Ramadan setiap tahun akan mengubah suasana petang di pekan kecil ini. Inilah Ramadan, bulan rahmat.

Friday, July 26, 2013

JEREBU -JULAI 2013


Keaadaan langit yang cerah tentu sahaja mampu menggamit ketenangan








 Sawah padi dan gunung mendamaikan hati.
                                                                                        


 Gunung Semanggol...... Tegak dalam ketenangan alam yang belum terusik










SAWAH PADI

Teringat aku kepada kata:

Ayam mati  kelaparan di kepuk padi
Itik mati kehausan di air
Bagaimana ?
Apakah ini mungkin terjadi......?














BULAN DAN MALAM

Ada malam tak pasti ada bulan
tapi
betulkah kata
bahawa ada bulan pasti ada malam.....

Fikir-fikirlah sendiri.....











 MATAHARI DAN SIANG

Selama ini ramai menyangka bahawa matahari adalah raja pada langit siang
tapi
sekarang sang matahari pun terpaksa mengalah pada jerebu
 Itulah adanya.......











Thursday, July 25, 2013

Wednesday, July 24, 2013

LANGKAWI 2011





Sekarang sawah padi di belakang rumah menghijau. Tangkai padi sudah mula melentok, maknanya
tidak lama lagi menguninglah. Begitulah panorama alam.... silih berganti untuk kita nikmati.

Monday, July 22, 2013

Rumahku....
Di sini aku menjadi dewasa
di sini aku mengenal dunia

Sunday, July 21, 2013

SAWAH PADI







Rumah yang dibina pada tahun 1963 ini masih tersergam sehingga 2003. Inilah rumah milik kekuarga
yang sememangnya tidak mampu untuk membina kediaman yang lebih itu. Aku berbangga dengan 
rumah ini kerana walaupun ia tidak seindah istana tetapi aku masih memiliki
tempat tinggal dan di sinilah sebenarnya aku didewasakan.
Kini rumah bersejaarah ini sudah tiada lagi ..... yang tinggal hanya kenangan.
JALAN SEMANGGOL

Aktiviti

 Bersama penduduk Kg. Masjid , Jelutung, P.Pinang
Majlis Dialog Bersama Persatuan Pengguna Pulau Pinang
1984

 Di hadapan tempat letak kereta RECSAM, Pulau Pinag
Program Persatuan Pengguna Pulau Pinang 1984



  Bersama En. Ahmad Kabry Hj. Shafie
Ini gambar awal 1980an - waktu itu ada majlis Maulidurrasul. Sebab tu lah sahabat
aku ni berpakaian macam pengantin tu.
Kenangan di Maahad Al Ehya Assharif 1980an



 Oleh kerana pendapatan menjadi guru di sekolah agama ketika itu
aamat sederhana terpaksalah aku mencebur diri dalam perniagaan.
Gambar ini diambil sekitar tahun 1980an di Pasar Bukit Bertam, Selama



 Inilah rumah tempat aku didewasakan
Jalan Semanggol.



Ini suasana semasa jamuan Hari Kadet bersama 
Almarhum Cikgu M.Yatim Othman, Almarhum Ustaz Abdul Halim Ali dan Pak Mail ( En. Ismail Sulaiman)
KENANGAN DI MAAHAD AL EHYA ASSHARIF



 Sewaktu pulang mengajar bersama-sama sahabat
En. Rosli Hamzah dan Ustaz Ali Haji Basri
KENANGAN DI MAAHAD AL EHYA ASSHARIF


 Bila ada peperiksaan , kami sibuk beginilah. Tarpaksa menaip sendiri soalan dan mencetak sendiri 
dengan menggunakan mesin pendua ( jenama Gestetner.)
Bersama-sama Almarhum M.Yatim dan En. Saidin Awang
KENANGAN DI MAAHAD AL EHYA ASSHARIF



Ini gambar bersama dua sahabat yang dah hilang entah ke mana.
Gambar di Taman Tasik Taiping sempena 100 Tahun Bandar Taiping.
Bergambar bersama rakan guru di Maahad Al Ehya En. Harith Idris dan Abdul Hamid Ibrahim
KENANGAN DI MAAHAD AAL EHYA ASSHARIF

 Ini gambar bersama dua sahabat yang dah hilang entah ke mana.
Gambar di Taman Tasik Taiping sempena 100 Tahun Bandar Taiping.
Bergambar bersama rakan guru di Maahad Al Ehya En. Harith Idris dan Abdul Hamid Ibrahim
KENANGAN DI MAAHAD AAL EHYA ASSHARIF


Mencari sesuatu di Pejabat bersama Paklang Mud (Allahyarham En. Mahmud A,Rahman
dan Allahyarham En. Shuid Yahya)
KENANGAN DI MAAHAD AL EHYA ASSHARIF